Zaiton & Hafiz
Event kali ini berlangsung di negeri yang rata-ratanya keturunan Minangkabau.. iaitu di daerah Lenggeng, Negeri Sembilan. Menyaksikan penyatuan dua hati di antara Zaitun dan Hafiz; majlis di hari pertama berjalan dengan lancar. Oh yea, Zaitun mengenakan persalinan Minangkabau dan Jawa, tampil anggun dan menarik pd lewat petang itu.


Cincin utk suami tersayang, sebagai tanda ikatan terpatri suami isteri.


Berkaca dihati jiwa Zaitun tatkala sah menjadi milik suami tersayang.
Alhamdulillah, selamat diakadnikahkan bapa kandungnya; Zainal Abidin.


Malam berinai yang meriah dengan bunga api imported dpd negeri Melaka.
Bersama adik-beradik dan sanak saudara. Ada yg dtg dpd jauh.. :)
Keayuan dan kejelitaannya terserlah. Semoga berbahagia.. nantikan gambar-gambar utk hari ke-2 pula ye.. soon.. :D















































































