Sunday, July 15, 2007

Zaizafun Aisyah Zaiful Yazan

Kiddy Aisyah
I've been tagged by Norli (Mama Wana) http://shafieza.fotopages.com to describe & explain how d we get to name our Lil Aisyah. Sewaktu mengetahui saya mengandungkan anak pertama kami ini, lebih kurang 2 bulan arwah ibu saya pergi menyahut panggilan Ilahi. Bak kata orang-orang tua, kehadirannya bagaikan menyerikan semula keluarga kami setelah kami bersedih dengan pemergian ibu yang tercinta...

Saya memang telah berniat akan menamakan anak pertama kami dengan nama panggilan ibu saya, iaitu Aisyah. Bagaikan telah tahu, kami langsung tidak mencari nama anak lelaki. Sewaktu kandungan 5 bulan, saya telah menjalani Ultra Sound pertama di Ampang Puteri bersama Datuk Dr. Jemilah; pakae sakit puan yang dikenali ramai. Ditanya, apakah naluri saya katakan tentang jantina kandungan saya, saya jawab, baby girl. Percaya 100% dengan kata pakar, saya dah berbunga-bunga apabila dikatakan bayi yang dikandungkan adalah perempuan.... So, memang confirm lah nama Aisyah tuh bakal digunakan pd waktu itu.

Disebabkan nama my hubby dua perkataan, maka, kami pun berusaha mencari nama yang paling sesuai untuk dipadankan... Nama Zaizafun (pohon syurga berbunga putih yang harum) itu saya temui sewaktu membaca buku di Kinokuniya KLCC. Maka saya padankan dengan nama Aisyah (yang tegas, bijaksana) untuk menlengkapkan.

Dan secara kebetulan, nama Zaizafun itu seakan-akan sebutannya dengan nama ibu mertua saya; Nya Pon (nama common di Melaka..). So, its fair lah.. satu nama ibu, satu nama ibu mertua.

Syukur alhamdullilah, Zaizafun Aisyah Bt Zaiful Yazan telah selamat dilahirkan pada 4hb Disember 2003. Sesaat kelahirannya, sehingga kini, menyerikan kehidupan kami sekeluarga...


Wana (Captured by Mama Aisyah)

Ramai orang cakap, Wana & Aisyah looks alike, macam twin. ha, u tgk sendiri gambar ni... Dengan size badan lebey kurang sama, patern rambut.. warna kulit, bentuk muka, riak wajah... memang mcm photostat. huhu

Semoga, Aisyah & Wana membesar menjadi anak yang berpekerti mulia, dana berjaya dalam hidupnya, insya-Allah.

1 comments:

Anonymous July 15, 2007 at 7:14 PM  

sedapppnya makna nama Aishah...sebak plak baca...

-mama wana-

About Me

My photo
I'm a very unexpected person, but yet very hardworking person. I'm an IT person, but yet I'm so in luv with photography & design. Enjoy viewing my page.

Siti Ruzaimah Photography's Fan Box

Followers

Search This Blog

Follow My Twitter

  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by The World's Hardest Game

Back to TOP