Friday, October 10, 2008

Nadia & Wan (Wedding | Bandar Tun Razak)




Salam,

Tahniah buat Nadia & Wan di atas majlis akad nikah yg berlangsung dengan lancar nya selepas solat Asar hari nih di Surau Al-Mustaqimah. Hujan lebat yang turun sejurus selepas solat Asar, terhenti seketika sewaktu majlis akad nikah berlangsung. Majlis kenduri dan tahlil untuk arwah datuk Nadia yang pulang ke rahmatullah pada Ogos lalu di adakan di kediaman neneknya. Hujan turun semula dengan lebatnya sejurus sesudah majlis tahlil selamat dilangsungkan. Rezeki, mudah-mudahan..

Majlis resepsi pula berlangsung dengan meriahnya dihadiri oleh teman-teman Nadia & Wan serta sanak saudara & jiran terdekat. Di sepanjang majlis ini, hujan turun dengan lebatnya sebanyak 3 round, rezeki kata orang tua-tua. Walaupun hujan, makin ramai tetamu yang hadir, dan majlis berlangsung dengan lancar.

Disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, sesi outdoor ditukarkan kepada indoor. Namun sempat juga berposing di mini garden Opah Nadia sebelum hujan kali ke-3 turun mencurah-curah, membersihkan laman yang sedang dibersihkan sesudah majlis. Syukur, ada hikmah nya.

Raikan Cinta,
Siti Ruzaimah Ghazali
PHOTOGRAPHER

0 comments:

About Me

My photo
I'm a very unexpected person, but yet very hardworking person. I'm an IT person, but yet I'm so in luv with photography & design. Enjoy viewing my page.

Siti Ruzaimah Photography's Fan Box

Followers

Search This Blog

Follow My Twitter

  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by The World's Hardest Game

Back to TOP