Tuesday, November 25, 2008

Dalam Kenangan



Really missed those old days... enjoy d clip; Dalam Kenangan - Kaer Azami




Sunday, November 23, 2008

Reza & Rena (Wedding Reception | Meru)


Kami ke Meru pula kali ini utk menyaksikan dan merakamkan detik majlis persandingan dan juga bertandang. Terkejut saya, the bride was my junior back in university years. What a small world. Bezanya, I used to call her Akmar/Mama, tp kat sinih they call her as Rena. So majlis ini meraikan bertandangnya Rena ke rumah mertuanya, iaitu keluarga Reza di sana. Di kelilingi ladang kelapa sawit, cuaca cerah dan sekali sekala sepoi angin bertiup. Hujan turun rintik-rintik sewaktu kompang dipalukan, dan kembali panas sebaik sahaja kedua mempelai berjalan beriringan bersama-sama.

Majlis berjalan dengan lancar, dan sesi penggambaran juga tidak terganggu. Pasangan ini mengakui tidak pandai berposing. Well, most of our client selalunya akan berkata begitu sebelum diberikan tips-tips utk berposing secara natural sama ada aksi mereka disedari dirakamkan oleh kamera mahupun tidak

So tadaaaaaaa... inilah hasilnya. So Rena aka Mama & Reza, pasnih bleh posing sakan lagih ye.

Till then, enjoy these photos... Semoga berbahagia selalu dan ceria ye.

Raikan Cinta,
Siti Ruzaimah
PHOTOGRAPHER

Gi Meru Klang


me at work.. huhu

Hari nih job kat Meru. To be exact; kat Kg Bkt Kerayong. Sesat gak kitorg.... pusing2 x jumpa Meru.... jumpa Setia Alam. ehehehe. dah terpegun tgk kawasan kediaman kat situh. ehehe. Then, called up my fren for rescue kat Tesco Setia Alam.

Alhamdulillah, sampai gak ke tempat yg d tuju. Quite nice place with warm people welcoming us. Daku berjejak kasih dgn my junior in UPM dulu... i was in 1st yr degree n she was in matrix. Her is the bride... huhu. Really x sangka, kecik nye dunia nih.. pusing2 kot situh jugak.

Its quite enjoyable to cover this event. Majlis beransur lebih awal. Katanya mlm nih ada Malam Muda Mudi plak, utk meraikan golongan muda mudi dalam keluarga, jirang sekampung dan sahabat handai. Fuyooooo... sounds interesting kan. Entahlah mcm mana majlis tuh agaknya.. ye.

Balik dpd Meru, singgah ke USJ Subang jap, appoinment with another client to discuss bout their upcoming event. Tggu..... :D

Watch out for photo gallery update at http://Ladyct.fotopages.com


test shot by my hb before d actual couple took place

Saturday, November 22, 2008

Yeaayyy Coti Sekolah

Ecah sdg excited menyanyikan lagu U R My Sunshine; spt yg d nyanyikan masa konsert tadikanya tempoh hari

Coti sekolah dah start dah. Like other kids, kitorg pon bagilah Ecah coti gak. Bagi dia rehat, main-main dan makan tido........ before to start balik bertungkus-lumus belajar. Bagi dia coti kejap, walaupun x de ler sampai hujung tahun. So today we went back to KL tinggalkan Ecah bercoti bersama nenek & atuk nye. Excited sunggoh mek kenit tuh sbb nak bercoti & berehat dpd daily rutin; bangun pagi g school etc.. ehehe

"u r my sunshine...."

Bukan main lagi dia bernyanyi sbb excited nak coti lama kat kampung. Shortly after nyanyi2 tuh, dia g bz body tlg kaut rumput kering kat laman. Mcm2 dak kenit nih.


Ecah sdg membz kan diri mengaut rumput kering

Hope that she had a great time holidaying there... Jangan nakal-nakal, anakku.

Saturday, November 15, 2008

Fatin Humaira (Cukur Jambul & Aqiqah | Petaling Jaya)


Kalau sblm nih entry utk baby boy, yg nih plak utk baby girl, so, warna tema; of course lah pink. I simply love it. Decorations by the creative Mama. So sweet kan.

Majlis berjalan lancar, diserikan kaum keluarga, sanak saudara, jiran terdekat, sahabat handai dan kumpulan marhaban. Semoga Fatin Humaira membesar menjadi anak gadis yg manis secantik ibunya, menghormati ibu bapa dan orang-orang disisinya, sihat, cergas dan cerdas, amin.

Pertanyaan berkenaan pakej photography utk majlis sebegini, sila ajukan kepada saya, text/call 017 211 2517.

Raikan Cinta,
Siti Ruzaimah Ghazali
PHOTOGRAPHER

Wednesday, November 12, 2008

Aariz Rayyan (Cukur Jambul & Aqiqah | Shah Alam)



Syukur alhamdulillah, dah selamat. Baby comel nih, adik Arissa; all this while I've been covering Arissa's bday event jer. Insya-Allah, start dpd Aariz's cukur jambul nih, akan bersambung lagi lah assignment utk mrk.

Tiada kata-kata lain yg dpt d lafazkan, jutaan terima kasih kpd Ainal (umi's Aariz & Arissa) and family krn memberikan kepercayaan kepada saya untuk merakamkan detik2 penting dan indah dalam hidup mrk. Thanks zillion, sis.

Utk my dear Aariz, aunty camera.. huhu Arissa called me like that. Aunty doakan Aariz akan membesar menjadi kanak-kanak yg sihat, bijak, peramah, cergas, dan ceria macam Arissa. Nanti kak Cha (nama timangan baru Arissa) akan ajarkan sama ye.

Okay, enjoy these photos, more collection coming up soon.

Note: Kepada yg berminat mendptkan perkhidmatan buaian, cookies, bunga pahar, cup cakes, teddy bear, dekorasi bunga-bungaan, ribbons & satin materials, dan fotografi, seluruh pakej spt yg d lihat d sini, silalah contact saya, 017 211 2517. You can get it all at a very reasonable rate & your satisfaction is assured.

Raikan Cinta,
Siti Ruzaimah
PHOTOGRAPHER

Tuesday, November 11, 2008

Nadia & Wan (Bertandang | Hutan Melintang, PERAK)


Majlis bertandang ini kami kembali ke Tanjung Karang lagi. Padi sedang menghijau, sayup mata memandang. Tak sangka rupanya Hutan Melintang nih, merupakan sebuah daerah yang rata-rata penduduknya berkeluargakan saudara-mara di sekitar Tanjung Karang dan Sg Besar. Cuma bezanya, Hutan Melintang nih, dipenuhi ladang kelapa sawit dan terletak dalam negeri Perak. Tak jauh sebenarnya dpd Sg Besar, Selangor.

Ok, tuh serba sedikit ttg tempat ini yg kali pertama kami jejaki. Ttg majlis pula, budaya memeriahkan majlis juga hampir sama spt yg dpt di lihat di Tanjung Karang; jam 3 petang majlis dah hampir selesai. Kalau kat KL, sampai jam 6 ptg pon belum tentukan. Yg nih, tidak. Tetamu akan dtg memeriahkan majlis meramaikan seawal jam 11 pagi sehingga jam hampir 3 petang. Memang ramai. Jadi, sewaktu pengantin tiba bersama paluan gendang & kompang, keadaan tetamu pada waktu itu, sungguh ramai dan meriah. Hampir kebanyakan tetamu akan memastikan utk menyaksikan pengantin berarak masuk, duduk di pelamin, dan makan adab-adab.

Satu lagi pengalaman baru buat kami. Terima kasih buat pasangan pengantin Nadia & Wan serta seluruh sanak saudara yg telahpun kami kenali daripada majlis akad nikah lagi. Ramah-tamah orangnya.

Jadi, sesi penggambaran di luar di adakan di ladang kelapa sawit yg juga terletak dibelakang rumah mempelai. Luas terbentang ladangnya, yg diusahakan oleh mrk.

Saya seronok dpt belajar budaya baru ataupun cara hidup yg jarang2 dpt saya lihat dan rasai sendiri. Jadi, sedikit sebyk, bila jauh berjalan ke tempat-tempat sebegini utk merakamkan detik2 penting dlm hidup mrk, saya rasa bertuah dpt menimba banyak pengalaman.

Okay, sekarang nih, bz mode, jadi, saksikan dulu gambar2 ini ye. Berderet lagi gambar2 majlis lain akan d kemaskinikan d sini. Nantikan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapakan sekalung Tahniah buat rakan yg saya kenali melalui komuniti Fotopages; NN http://e-nadd.fotopages.com yg akan terbang ke UK tidak lama lagi bagi menyambung pengajian nya. Tahniah, dan as I said, "Takes great photos... for me.... hehehe". NN pergi nak study course lain sebenarnya, saya yg teruja, memandangkan skrg kan tgh nak masuk Autumn

Harap anda suka gambar kali ini, sebrg komen, sila berikan utk saya perbaiki lagi d masa depan.

Raikan Cinta,
Siti Ruzaimah
PHOTOGRAPHER

Friday, November 7, 2008

Hanie Nur Dina (Aqiqah & Cukur Jambul | Kajang)


Majlis yg berlangsung pd 25hb October baru-baru ini, menyaksikan kaum keluarga, jirang terdekat dan teman rapat keluarga Zita (ibu) & suami tercinta, yang dilangsungkan di Kajang, rumah nenek & atuk kpd baby Dina.

Dina baru jer genap 30 hari sewaktu majlis ini berlangsung. Tp dah pandai bukak mata besau2 di kala lensa kamera dihalakan kepadanya, sangat comel.

Semoga, baby Hanie Nur Dina membesar sebagai anak yang sihat dan comel, menggembirakan hati insan-insan dikelilingnya

Utk pertanyaan berkenaan pakej fotograf bagi majlis sebegini, sila hubungi saya di 017 211 2517

Raikan Cinta,
Siti Ruzaimah

About Me

My photo
I'm a very unexpected person, but yet very hardworking person. I'm an IT person, but yet I'm so in luv with photography & design. Enjoy viewing my page.

Siti Ruzaimah Photography's Fan Box

Followers

Search This Blog

Follow My Twitter

  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by The World's Hardest Game

Back to TOP