Tuesday, June 9, 2009

Zilawati & Shah (Nikah | Pulai Chondong, KELANTAN)


Salam,

Ini merupakan kali pertama secara official kami mendpt wedding photography assignment di Kelantan; kampung halaman keluarga ibu saya. Jadi, pulang ke Kelantan kali ini dengan dua tujuan; cover event dan juga melawat sanak saudara terdekat.

Mencabar sungguh nak pulang ke Kelantan kali ini, dgn kejadian lori terbalik di laluan Merapuh-Gua Musang. Beberapa jam kami terkandas dalam kesesakan lalu lintas di situ. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini walaupun agak lambat dpd waktu jangkaannya.

Sesampai di Kelantan, kami mencari lokasi rumah pengantin nih terlebih dahulu, agar mudah membuat perancangan perjalanan pd keesokan harinya. Setelah mencari-cari, sampai juga ke lokasi yang dituju. Jadi, pd hari majlis pernikahan berlangsung, kami tiba awal pd waktunya.

Majlis pernikahan diantara dua anak jati Kelantan ini, berlangsung dengan lancar dengan disaksikan seluruh kaum keluarga kedua belah pihak di masjid yg terletak beberapa langkah sahaja dpd rumah pengantin perempuan. Tahniah kpd Zila & Shah. Zila nih mmg saya dah kenal since my sis study kat sebuah uni d gombak. Tq Zila for this opportunity. Semoga berbahagia dengan life baru ye.

Sebahagian gambar di paparkan di sini utk tatapan pasangan pengantin, serta kaum keluarga dan sahabat handai mrk.

Raikan Cinta,
Siti Ruzaimah Ghazali
OFFICIAL PHOTOGRAPHER

0 comments:

About Me

My photo
I'm a very unexpected person, but yet very hardworking person. I'm an IT person, but yet I'm so in luv with photography & design. Enjoy viewing my page.

Siti Ruzaimah Photography's Fan Box

Followers

Search This Blog

Follow My Twitter

  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008 | Distributed by The World's Hardest Game

Back to TOP